Ahad, 23 Jun 2013

Ketupat Palas - yang kita kenal atau tidak!




Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.
Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina. Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus.
Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging.
-sumber Wikipedia

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah masakan tradisional yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkus atau anyamannya. Rasanya lemak dan manis.
Bentuk kipas
Palas atau Licuala sp. adalah pokok palma tropika yang tumbuh di pelbagai habitat. Spesies pokok itu ditemui di Asia Selatan hingga ke barat daya Pasifik. Kebanyakan spesies Licuala ditemui di hutan hujan dataran rendah teduh yang memerlukan cahaya dan suhu yang berubah-ubah.
Ia dikenali dengan daunnya yang berbentuk kipas yang sering mempunyai pola membelah yang menarik.
Palas adalah tumbuhan dalam kumpulan rumpai tetapi berasal daripada keluarga palma. Di negara ini terdapat pelbagai banyak jenis pokok palas seperti palas Bintulu (Licuala Bintuluensis); palas Borneo (Licuala Cordata); palas Sarawak atau nama saintifiknya Licuala Orbicularis yang bernilai dalam dunia seni taman.
Pokok palas duri atau nama saintifiknya Licuala sapinosa roxb adalah spesies yang biasa digunakan untuk pembungkusan makanan khususnya ketupat pulut atau palas.
Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun bentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Berbeza dengan ketupat palas ia berbentuk tiga segi.
Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras iaitu beras yang menjadi makanan harian.
Jantina ketupat
Teknik membungkus ketupat palas menggunakan daun palas juga perlu betul agar ia nampak kemas dan membezakan jantinanya ketupat tersebut.
Ketupat palas jantan lazimnya mempunyai isi atau pulut lebih di bahagian akhir balutan. Ikatan dan balutannya juga lebih kemas berbanding ketupat palas betina dengan saiznya yang kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih di bahagian ikatan atau balutan.
KELONGSONG daun pucuk palas yang sudah diproses.
Menurutnya, cara masakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus atau direbus secara terus. Ia akan lebih beraroma sekiranya kayu digunakan sebagai bahan pembakar semasa merebus.
Selepas daun palas dibersihkan, ia dibuka secara berhati-hati supaya daunnya tidak terkoyak. Daunnya kemudian digulung sehingga lentur dan lembut bagi memudahkan kerja-kerja membungkus pulut. Buat bentuk kon dan lipatkan daun dalam bentuk tiga segi. Sarang ketupat yang siap kemudiannya dirungkai semula untuk diisi dengan pulut.
- -Sumber Kosmo Online

1 ulasan:

  1. Merkur - Xn - Xn - Xn
    MERKUR Merkur. Merkur. Merkur 메리트카지노 - Xn. 메리트카지노 Safety razor for beginners. $14.00. 4-5 in stock. Open box, open box. Open box, open box. Open box, open box. Open box.$14.00 · ‎In stock 인카지노

    BalasPadam