Ahad, 23 Jun 2013

Beras Pulut - faktanya,nak tahu?


Pulut merupakan sejenis bijirin yang ditanam sebagai makanan. Pulut menyerupai beras tetapi warnanya tidak berkilat dan ia mengandungi kandungan kanji yang lebih banyak, menjadikannya melekit apabila dimasak. Pulut boleh dibuat tapai pulut, pulut kuning, pulut lepa, pulut manis.
Penanaman
Pulut ialah sejenis bijirin yang ditanam di Thailand, Jepun, Vietnam, China, dan Laos. Sekitar 85% daripada keluaran bijirin di Laos merupakan jenis ini. Rekod tentang pulut wujud sejak sekurang-kurangnya 1,100 tahun lagi di kawasan ini. Kelainan bijirin diperbaik yang terhampar ke seluruh Asia semasa Revolusi Hijau adalah beras, akan tetapi petani Laos menolaknya kerana lebih suka akan kelainan-kelainan pulut. Dengan berlangsungnya masa, jenis pulut yang memberikan hasil yang lebih banyak dikembangkan oleh "Rancangan Penyelidikan Beras Negara" Laos. Menjelang tahun 1999, melebihi 70% daripada kawasan di sepanjang Lembah Sungai Mekong ditanam dengan jenis yang lebih baru itu. Menurut legenda Cina, pulut telah ditanam sekurang-kurangnya selama 2,000 tahun.Ujian-ujian kimia mengesahkan bahawa pulut juga dipergunakan sebagai bahan utama untuk membuat lepa batu-bata bagi pembinaan Tembok Besar China. Pulut kini digunakan dalam resipi di seluruh Asia Tenggara dan Asia Timur.


Bahan
Pulut tidak mengandungi gluten diet, iaitu ia tidak mengandungi glutenin dan gliadin. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk diet bukan gluten. Apa yang membezakannya daripada jenis-jenis beras yang lain adalah bahawa ia mengandungi amat sedikit atau langsung tidak mengandungi sebarang amilose, tetapi sebaliknya mengandungi banyak amilopektin. Kedua-dua bahan tersebut merupakan bahan kanji. Amilopektin menyebabkan bijirin ini bersifat lekit. Perbezaan ini telah dikesani ke satu mutasi tunggal yang dipilih oleh petani.
Pulut boleh dimakan, baik dalam bentuk dikilang mahupun tidak, iaitu dengan brannya diasingkan atau tidak. Pulut yang dikilang berwarna putih, manakala pulut yang tidak dikilang berwarna ungu atau hitam. Bagaimanapun, pulut hitam/ungu merupakan kelainan yang tidak sama dengan pulut putih. Kedua-dua pulut hitam dan putih, baik dalam bentuk bijian mahupun dalam bentuk tepung, boleh dimasak menjadi pes.

  • Rice, white, glutinous, cooked
  • Amount Per 100 grams
  • Calories 97
  • % Daily Value*
  • Total fat 0.2 g            0%
  • Saturated fat 0 g       0%
  • Polyunsaturated fat 0.1 g  
  • Monounsaturated fat 0.1 g
  • Cholesterol 0 mg      0%
  • Sodium 5 mg            0%
  • Potassium 10 mg     0%
  • Total Carbohydrate 21 g     7%
  • Dietary fiber 1 g        4%
  • Sugar 0 g      
  • Protein 2 g     4%
  • Vitamin A       0%      Vitamin C      0%
  • Calcium         0%      Iron     0%
  • Vitamin B-6   0%      Vitamin B-12 0%
  • Magnesium   1%                 
  • *Per cent Daily Values are based on a 2,000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs.
 - sumber Wikipedia

1 ulasan:

  1. Slots Machines | OK Casino
    › slot-machines › slot-machines See Slots 제주 출장마사지 Machines and 라이브 스코어 사이트 Play online Slots 출장안마 at Oklahoma's Best Casinos. We provide exciting slots with fantastic features, bonus 전라북도 출장안마 games, promotions and 포항 출장안마 payouts

    BalasPadam