Selasa, 24 September 2013

Tempahan Hari Raya Haji di buka...




Jom dapatkan Ketupat Palas Mak Andak Frozen..

Cepat dan Mudah!!!

...tak perlu bersusah payah lagi pergi kehutan mencari daun.

...tak perlu berpeluh-peluh menanak beras pulut.

...tak perlu lagi duduk berjam-jam membungkus ketupat.

...tak perlu risau lagi jadi ketupat jantan atau betina.

Dapatkan saja Ketupat Palas Mak Andak ni...

Hanya perlu di nyah beku dan rebus sahaja..siap!!

Sedia dan sedap dinikmati dengan gulai, rending, serunding, sambal ikan bilis..

Dengan gula pun sedap...tak percaya?...cubalah. Rasa sekali mesti nak lagi.

Stok tempahan untuk AidilAdha.
Untuk setiap peket ada 10 biji.
Harga : RM 8 sepeket.

Jumaat, 28 Jun 2013

Kepakaran Mak Andak



Meh....!! nikmati Ketupat Palas Mak Andak.....
 
Kenapa?

Kerana…

Kepakaran kami adalah menyediakan ketupat palas sebagai makanan warisan tradisi yang halal, bersih dan bagi menambahkan lagi santapan enak lagi mengenyangkan yang boleh dinikmati bila-bila masa kerana kami berazam untuk memperbanyakkan lagi pemakanan halal anda dengan memasarkannya secara sejuk beku ( frozen ).

Kami mengekalkan bentuk dan rasa yang asli seperti santapan warisan orang-orang tua kita dulu. Di bungkus dengan rapi , padat , sendat dengan pulut atau beserta pulut berinti. Penyediaannya dimulai dengan bacaan Bismillah dan Zikir memuji Allah supaya dilimpahi barakah dan berkhasiat sebelum dimakan.

Kanak-kanak dan orang-orang tua boleh menikmati Ketupat Palas Mak Andak dengan mudah, tak perlu bersusah payah mengunyah, boleh terus di makan kerana pulut ini sememangnya telah di adun dengan lembut dan berlemak. 

Daun palas sebagai pembungkus pula mudah dibuka tak perlu lagi menggunakan pisau atau lain-lain alat pemotong. Cuma perlu tarik daun pembungkusnya di tepi untuk melonggarkan ikatan dan boleh terus meleraikannya.

Boleh dimakan bila-bila masa saja, asal di rebus terlebih dahulu, tidak perlu memasak dengan waktu yang lama dan kadar waktu memasak seakan-akan memasak seperti mee segera….malah ianya lebih mudah cuma perlu rebus dengan air saja…. tak perlu tunggu atau menambah lain-lain perencah/perisa yang belum tentu berkhasiat.…banyak Pak Aji@MSG lagi!. ‘Ketupat Palas Mak Andak’ bebas dari perisa tambahan atau lain-lain penyedap makanan lain.

Jadi sekarang…..,

Anda tak perlu lagi meredah, mencari pucuk-pucuk daun palas didalam hutan-hutan atau di pasar-pasar yang mahal harganya menjelang hari raya Aidilfitri dan AidilAdha. Kami yang akan mencari daun palas yang berkualiti untuk anda, itu jaminan kami, in shaa Allah.

Anda juga tak perlu lagi mencari beras-beras pulut di kedai yang kemungkinnya bercampur beras nasi….selalunya kat Padang Besar lah tu…nampak macam betul beras pulut tapi bila dibelek-belek ternyata dah tertipu. 

Anda tak perlu lagi bersusah payah mencari kelapa tua untuk dibuat santan atau ke kedai-kedai mencari santan atau kelapa parut…boleh jadi santan yang dibeli telah masam atau luput tarikh. Kami senantiasa mengukur kadar santan untuk kualiti ketupat palas anda.

Anda, tak perlu lagi menunggu ketibaan Hari Raya sahaja untuk menikmati ketupat palas, kerana kami akan menyediakan khas mengikut tempahan anda supaya anda dapat menikmati ketupat palas ini bila-bila masa saja & in shaa Allah akan boleh didapati dimana-mana saja di seluruh pelusuk dunia.

Ketupat Palas Mak Andak akan mengubah juadah pemakanan anda menjadi lebih asli , halal , bersih dan enak serta in shaa Allah akan dibangunkan bersama-sama legasi industri pemakanan Malaysia. Syarikat kami akan sedaya upaya akan mendapatkan pengikhtirafan sijil Halal JAKIM untuk ke pasaran antarabangsa. Buat masa kini kami mengamalkan hasil produk bersih keluaran Produk Muslim dan Bumiputra. 

Oleh itu kami sebagai pembekal Ketupat Palas Mak Andak sangat-sangat yakin untuk menambah nilai kehidupan anda dari segi pemakanan dan industri halal di dunia….amin…
















Pasar basah ( orang utara panggil ‘market’) di mana daun palas biasa dijual, itu pun bila nak raya je ( bagi kebanyakan pasar la )



















Hutan dan belukar dimana pokok-pokok daun palas biasa tumbuh meliar.




















Santan kelapa biasanya hanya boleh tahan beberapa hari jika tidak disimpan dengan betul atau di sejuk bekukan. Santan yang fresh la yang lagi bagus….so itu yang kami gunakan.



















Kelapa parut sebelum diperah mengasingkan air santan dan hampas kelapa, cam ni le rupanya untuk yang tak pernak tengok




















Pisau, gunting dan sebagainya adalah alat untuk memotong makanan , sayuran dan lain-lain. Jadi, ‘Ketupat Palas Mak Andak’ dah tak payah susah-susah dah nak pi cari pisau , gunting untuk buka…cuma longgarkan sahaja! Hah! senangkan……
















Istana Melayu dulu-dulu menjadi pusat santapan makanan Melayu yang paling banyak di hidangkan termasuklah ketupat palas…eh! Ye ke…off course ler!























Freezer tempat simpan Ketupat Palas Mak Andak sebelum di pasarkan  dan di edarkan


















Kompleks Padang Besar , Perlis di mana beras pulut di jual dengan murahnya tapi belum tentu di jamin 100% beras pulut…ada yang smuggling lagi gitu! 












Hari Raya Aidilfitri…hah! masa ni la macam-macam kuih & biskut akan beraksi….so kolesterol & kandungan gula dalam badan jaga-jagalah ye!


















 

Ketupat Palas yang di rebus dengan air untuk di masak sebelum boleh di makan….nanti beli boleh ikut panduan yang disediakan ye!


















Salam sayang dari Ketupat Palat Mak Andak - Pulut Emas Delicacies